Muktamar MAIM ZON TIMUR bincang untuk perkasa umat..
KUALA TERENGGANU – Muktamar Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Peringkat Zon Timur yang diadakan pada 19 Disember bertempat di Dewan Permata, Hotel Permai Park Inn melibatkan semua Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) di seluruh Pantai Timur iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Dalam majlis perasmian Muktamar tersebut, teks ucapan perasmian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom telah dibacakan oleh Pengurus Besar Pentadbiran dan Kewangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr. Abdul Ghani Mohammad. Beliau berkata, sudah sampai masanya NGO terbabit bergerak aktif dan tampil ke hadapan membantu memperjuangkan kepentingan masyarakat Islam. Katanya, dalam sebuah negara demokrasi, terdapat satu lagi elemen selain parti-parti politik yang berperanan sebagai kumpulan pendesak yang mampu mempengaruhi scenario politik negara. Tambahnya lagi , “ NGO perlu memainkan peranan sebagai kumpulan pendesak yang tersusun, berstrategi, tinggi dan proaktif.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat. Mengulas lanjut Jamil berkata, desakan-desakan dalam bentuk pandangan, cadangan dan idea yang membina dapat membantu mencapai tujuan tersebut.
“ Jika kita menyedari sepenuhnya hal ini dan dapat menggerakkan jaringan desakan ini secara sistematik, NGO dan MAIM boleh menjadi pelindung kepada umat islam di negara ini.
Seterusnya, sidang diteruskan dengan pembentangan oleh Dr. Riduan Tee Abdullah yang mana beliau dengan tegasnya menekankan perlunya umat Islam hari ini bersatu dan berubah demi kepentingan Islam. Pembentangan kedua kemudiannya diteruskan oleh Prof Dr. Abdul Hadi, Dekan Fakulti Kontemporari Islam, UDM yang membincangkan perihal gejala sosial dan kelaihan yang menjadi racun dalam kehidupan masyarakat hari ini. Pada petangnya, program diteruskan dengan bengkel serta sidang pleno bagi mencari resolusi yang bertujuan menguraikan permasalahan umat Islam hari ini.
Seja o primeiro a comentar
Catat Ulasan