Jumaat, 18 Disember 2009

Bagaimana Rasulullah menyayangi orang lain..

Pada suatu petang, seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w melihat beliau sedang bergurau senda dengan dua cucu kesayangan, iaitu Hassan dan Hussain. Kelihatan Nabi Muhammad begitu mesra sekali. Mereka saling berpelukan dan bergelut seolah-olah Nabi Muhammad seperti seorang budak.

Sahabat nabi kelihatan begitu hairan sekali. Bagaimana seorang nabi dan pemimpin Madinah begitu mesra dengan cucunya? Dia pun pergi kepada Nabi Muhammad dan bertanya, " Wahai pesuruh Tuhan (Muhammad) aku juga memiliki beberapa orang cucu, namun aku tidak pernah sekalipun bermain seperti kau bermain dengan cucumu," ujar sahabat itu.

Nabi Muhammad berhenti bermain dan berkata kepada sahabatnya itu. " Sahabatku, sesiapa yang tidak menyayangi, tidak akan disayangi.." pesan Nabi Muhammad ringkas. Tetapi maknanya cukup mendalam. Sahabatnya terdiam sambil mengangguk-angguk berfikir.

Ya, begitu mesra sekali Nabi Muhammad yang menjadi contoh ikutan ribuan juta manusia di dunia ini. Beliau tidak segan memegang, memeluk atau mengusap para ahli keluarga dan para sahabat apabila mereka memerlukannya. Inilah salah satu teknik ringkas tetapi berkesan bagi membina ikatan sesama manusia iaitu sentuhan keinsanan..

Semoga para da'ie mengambil iktibar daripada kisah ini sebagai salah satu method untuk kita berdakwah kepada mad'u kita..

wallahu a'lam..

Seja o primeiro a comentar

Catat Ulasan

Profil

KEPITAR
Kesatuan Pembimbing Insan Terengganu(KEPITAR)adalah badan induk pelajar dan mahasiswa Islam Terengganu di peringkat Negeri Terengganu.KEPITAR juga merupakan Ahli Badan Gabungan Negeri Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Dengan penubuhan KEPITAR,ia diharapkan akan terus melahirkan generasi muda yang berkualiti bersesuaian dengan mottonya iaitu jailu al-nasru al-masyud
Lihat profil lengkap saya

KUMPULAN PEMBIMBING ISLAM TERENGGANU ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO